Hujung minggu nih Adam ke Putrajaya lagi. Tujuan utama selain daripada Adam dapat bermain di taman sepuasnya adalah untuk ibu menjahit/outer seluar sekolah Adam.
Hari Ahad malam Isnin tuh Adam tidur awal. Pukul 8 malam dah tidur kerana keletihan agaknya. Pukul 5 pagi Adam dah bangun untuk bersahur bersama-sama ayah dan ibu. Namun Adam cuma makan Coco Crunch dengan susu pink kegemarannya. Lepas bersahur Adam dimandikan dan bersiap sedia dengan uniform yang baru. Adam cukup seronok sebab dapat memakai stokin dan kasut yang baru. Pukul 6.30 pagi Adam telah bersiap sedia di depan pintu, minta di hantarkan ke sekolah yang baru.









