Dah hampir sebulan adam nak main layang layang. Abi janji berjanji namun ada sahaja kekangannya. Janji nak ke padang sebelah petang, hujan di petang hari. Janji nak pergi pagi, hujan di pagi hari. Semalam, lepas solat zuhur kami bertolak ke Taman Metropolitan. Bukan main seronok adam. Jelas dari raut wajahnya. Apa tah lagi, outing kali ini hanya di antara adam dan abinya.
Layang-layang telah tersedia di dalam kereta. Nasib baik layang-layang versi moden. Tinggal pasang dan terbangkan. Teringat suatu masa dahulu. Layang layang kena buat sendiri.
Kertas surat khabar lama, lidi penyapu dan gam nasi serta benang mak atuk. Kertas tu di lipat untuk menghasilkan bentuk diamond dan disilangkan dengan lidi penyapu. Kelilingnya di gam dengan gam nasi. Masa semakin berlalu dan semakin pandai. Heheh gam nasi digantikan dengan gam atau tape. Surat khabar digantikan dengan kertas warna.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat abi ambil adam bermain layang layang. :
Setelah penat bermain dipadang, adam dan abi ke MCD Desa Jaya. Sambil makan ais cream sambil bermain di tempat yang disediakan.
Kami pulang ke rumah sebelum masuk waktu asar. Badan abi sakit sakit dan keletihan. Tetapi adam, meneruskan aktivitinya