You are here: Home > Aktiviti, Aktiviti sehari, ILMU, Kecerdasan, Kesalahan > Selamat Bersekolah

Selamat Bersekolah

Cepat masa berlalu. Hari ini dah masuk hari ke 5 Adam bersekolah rendah. Macam macam yang berlaku selama 5 hari ini. 2 hari abi dan ummie temankan dan 3 hari tanpa abi ummie, ada cerita bagi setiap hari.

Hari ke 3, hari paling mencemaskan. Lepas habis waktu persekolahan, Adam tidak turun-turun. 3 kali Auntie Yati, pemandu kereta yang akan membawa Adam ke tempat transit, menelefon ummie Adam. Ummie Adam begitu risau sehinggalah ibu kepada kawan karib Adam menelefon ummie bertanya perihal Adam yang khusyuk bermain di dalam kelas. Setelah diterangkan, barulah Adam turun ke pagar utama dan bertemu dengan Aunyie Yati.

Hari ke 4, dah sampai ke tapak perhimpunan, baru Adam memaklumkan kepada abi bahawa, semalam cikgu suruh pakai baju sukan. Nasib baik, rumah dekat dengan sekolah maka jadilah abi pemandu kereta lumba mengambil baju sukan dan kembali ke sekolah. Abi tarik Adam ke tandas semasa Adam di dalam perjalanan ke kelas untuk menukar pakaian. Dalam perjalan abi ke kereta, abi terserempak dengan ibu kawan sekelas Adam dan memaklumkan kepada abi yang hari ini cikgu suruh bawa gambar keluarga. Sambil tersengih, abi berlalu. Rasanya tak larat nak balik ke rumah dan kembali memanjat tangga di sekolah Adam.

Hari ke 5, Adam mengalami kemalangan di pusat transit. Terjatuh sewaktu berlari ke tandas untuk mandi. Cemas suara cikgu Adam, dengan tenang, abi maklumkan kepada cikgu agar melakukan tuaman sejuk pada tempat yang bengkak.

Bekas pensil Adam dah hilang hehehe, beli air terlupa ambil baki. Sehingga ke hari ini Adam hanya pernah beli 3 cawan air dan 2 kek lapis Apollo sahaja.

Setiap pagi, ummie adam menyediakan sarapan pagi untuk adam. Semalam, oleh kerana adam hanya nampak biskut maka bekalan kue tiew tidak dijamahnya.

Posted from WordPress for Windows Phone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply