Bab 1
Pagi tu, abi terlalu kelam kabut. Sediakan bekal untuk abi dan juga untuk adam harith. Biasanya selepas solat subuh berjemaah dengan adam harith, abi akan berikan duit belanja sekolah sebanyak RM2. Tetapi pagi itu, abi benar benar kalut lantas terlupa untuk memberikan duit belanja sekolah.
Setelah memanjat 79 anak tangga, abi menyandangkan beg sekolah ke bahu adam harith. Adam harith memandang abi dengan penuh pengharapan dan bertanya..
“Duit, abi “
Abi pun teringat yang abi tidak memberi duit belanja sekolah selepas solat subuh tadi. Abi seluk beg duit dan melihat isi di dalamnya. Terdapat 1 keping duit RM10 dan sekeping duit RM50. Maka abi pun berkata
“Adam, abi minta maaf. Abi tak ada duit kecil. Tak apa ya, kalau tak bawa duit sekolah. Adam kan bawa bekal dan air. “
Seperti biasa, adam tersenyum sambil berkata.
“Tak apa abi.”
Adam melangkah memanjat baki anak tangga menuju ke padang perhimpunan dan abi pun bergegas menuruni 79 anak tangga untuk ke kereta dan terus memandu ke pejabat.
Bab 2
Petang itu sewaktu abi pulang ke rumah, abi mendengar cerita sedih dari adam. Dahlah tak bawa duit sekolah, air yang dibekalkan pula tumpah.
“Adam menangis, dan kawan kawan tengok adam menangis. Adam haus. Nak beli air, adam tak ada duit. “
Tersentuh hati abi bila mendengarnya. Lantas abi mengambil 2 sampul duit raya, dan meminta adam memasukkan sampul tersebut di dalam beg.
“Adam, ini duit kecemasan. Dalam sampul ini ada duit. Abi bagi 2 sampul. Abi nak, kalau abi terlupa bagi duit belanja, adam guna duit dalam sampul ini . Ok ? “
“Ok.” , jawab adam sambil tersenyum riang.
Bab 3
Keesokan paginya, selepas solat subuh,
“Adam, nie duit belanja sekolah hari ini….. “
Belum sempat abi meneruskan ayat abi, adam telah mencelah.
“Abi, semalam abi dah bagi duit. Ada dalam beg adam. “
Maka sekali lagi abi jelaskan,
“Adam, duit yang ada dalam beg adam tu, adalah duit yang boleh adam guna sekiranya abi lupa nak bagi duit. Pagi ni abi ingat dan abi nak bagi adam duit belanja sekolah. Jadi duit dalam beg, adam tak boleh guna. Ok?”
Penjelasan dari abi.
“OK”, Balas adam sambil tersenyum .. dan melipat duit tersebut serta menyimpannya ke dalam poket seluar.
Salam,
Saya sangat suka baca diari adam yg ditulis abi+uminya..
mohon update perkembangan adam
~doa dari jauh^^