Pada mulanya ibu dan ayah Adam tidak berhasarat untuk mengadakan sebarang majlis sambutan harijadi untuk Adam, kerana tidak mahu dia biasa dengan budaya berkenaan. Namun pada petang rabu, pulang dari taska Adam berkata “Ibu..Adam nak kek Happy Besday to you warna pink merah jambu”.
Alamak, pastinya cikgu yang mengingatkan. Biasanya budaya kurang sihat disekolah itu adalah setiap kali ada budak yang menyambut hari jadi, kawan-kawan akan mendapat Goody beg penuh berisi dengan jajan dan makanan yang kaya dgn MSG dan bakal merosakkan gigi. Malah perkataan ‘Jajan’ pun Adam pelajari dari sekolah sebab ibu dan ayah tidak pernah mengajar, apatah lagi membelikan.
Dalam masa yang terdesak, ibu menghubungi kawan yang ditinggal di Bandar Sri Damansara, bertanya boleh tak buatkan cup cake anggaran 40 biji. Ibu ditawarkan 49 biji dengan harga RM55 yang pada ibu amat berpatutan. Pagi khamis tuh, kami beremail untuk mendapatkan design yang sesuai dengan citarasa, minat dan permintaan Adam. Pada masa yang sama ibu telah menghubungi mak ngah untuk order Beryani Gam Putrajaya dan juga kek. Kebetulan anak taukeh Beriyani Gam Putrajaya adalah kawan sepejabat mak ngah dan ada juga kawan mak ngah yang pandai membuat kek.
Pada masa yang sama Adam telah beberapa kali minta pada ayahnya hendak guli dan permainan congkak. Memang selalunya congkak di mainkan oleh perempuan, namun ia adalah permainan tradisi yang tak seharusnya di lupakan, maka untuk tidak menghampakan, maka ayah telahpun belikan sebagai hadiah hari jadi.
Terima kasih kepada untie Ieja yang mampu menyiapkan cup cake walaupun last minit order. Seterusnya menghantar pula ke stesyen minyak yang berhampiran dengan rumah kami pukul 11 malam, untuk Adam bawa ke sekolah pagi jumaat tuh.
Walau bagaimanapun, ibu dan Adam agak kecewa dengan apa yang berlaku di Taska. Sewaktu dijemput Adam menangis mengadu pada ibu .
- “Skulah tak nyanyi lagu Happy besday to u untuk Adam”
- “Kek tuh Adam pada kawan tak?”
- “Bagi..Pada Yana, Sopiah, Yuyun, Anis “ (jgn tak caya kawan baik dia semua perempuan).
- “Habis tak kek tu?”
- “Tak”.
- “Banyak lagi tak?”
- “Ada separuh lagi”
- “Adam dapat berapa kek?”
- “Satu jer”
- “Cikgu tak bagi suruh Adam bawa balik ker?”
- “Tak..”
- “Tak per..malam nih kita sambut dengan ibu dan ayah..Adam nyanyi dan tiup lilin yer”
- “Okey..saaaayang ibu”
Mujur Untie Ieja ada bagi 6 biji cup cake extra sebagai hadiah kepada Adam. Dan lilin besday yang telah pernah digunakan, kami bawa ke gerai makan berhampiran untuk makan malam dan sambutan hari jadi Adam.
Pada hari Ahad pula diadakan sambutan untuk keluarga terdekat sahaja dirumah mak atok. Di sini Ibu Adam ingin mengucapkan terima kasih kepada :
- Acu dan mak atok sebagai tuan rumah yang menyediakan air, mangga, jelly dan terutamanya pinggang mangkuk dan segala peralatan.
- Mak ngah – tolong urusakan tempahan kek Ben10, nasi Beriyani Gam Putrajaya dan juga kuih kasui yang sedap itu.
- Uda – untuk hadiah remote control car.
- Abg Yan, Kakak Tikah, Abg Alzam, Kakak Yaya, Adik Isya, Adik Wafi dan Adik Zakuan sebab sama-sama tolong memeriahkan majlis.
Ini Adalah sebagahagian dari gambar yang dirakamkan. Tak semua boleh di letakkan kepada public sebab ramai yang tidak memakai tudung.









