Yey..raya di Kampung 2011

Tahun ini merupakan raya yang paling seronok pada Adam. Hari sabtu Adam menyambut pre-raya di Putrajaya. Mak atuk dan acu masak nasi minyak, rendang daging, sambal goreng jawa dan ayam ungkep. Selain daripada itu, ibu dan mak ngah Adam membuat ketupat daun kelapa bagi memenuhi hasrat Adam untuk memasak dan makan ketupat.

Selepas berbuka dan beraya dgn semua orang Adam sekeluarga pulang ke rumah. Pagi Ahad tuh, sesudah subuh Adam berangkat pulang ke kampung nenek di Taiping Perak.

Malam Pertama Adam dikampung Adam berpeluang melihat orang bermain mercun dan bunga api. Selain daripada itu Adam juga membantu nenek menyusun kuih raya. Rupa-rupanya kuih raya kegemaran Adam adalah dodol. Banyak betul dodol nenek yang di makannya.

Ada satu berita sedih yang berlaku. Baju raya berwarna kuning yang ummi Adam jahit habis berlobang terkena iron baru. Mujurlah ibu kandung Adam telah menghadiahkan sepasang baju melayu berwarna pink untuk Adam.

Di pagi raya, dengan berbaju pink Adam ikut ibu dan ayah bersolat hari raya di Masjid yang pernah menjadi tempat pernikahan ibu dan ayah Adam. Selepas itu Adam mengikut ibu dan ayah beraya ke rumah saudara mara ibu. Banyak betul Adam dapat duit raya. Seronok betul dia.

Pagi raya ke-3 Adam mengkut Tok Su menjala ikan bersama2 dgn dua pupunya yang tinggal di Ampang. Sungguh ibu pun tak sangka yang Adam berani menangkap ikan sepat dan haruan yang masih hidup. Kalau diikutkan ikan puyu pun Adam akan tangkap, cuma ibu jer melarang sebab duri pada siripnya yang tajam.

Selepas itu Adam pergi khenduri kahwin di kampung lama ibu. Oleh kerana ibu telah berjumpa dengan hampir semua saudara mara belah ayah, maka kami terus pulang selepas habis khenduri tersebut.

Petang tuh, sekali lagi Adam menjadi budak kampung dengan menolong nenek menebas rumput dan membakar sampah. Di kampung tiada kemudahan Alam Flora@ lori sampah.

Pagi raya ke-4 Adam ke Parit Buntar. Mula2 Adam beraya di rumah kawan sekolah ayah di SMS Muar dulu. Selepas itu kami ke Pizza Hut di Pusat Bandar Parit Buntar. Adam dijanjikan untuk bertemu dengan ibu kandungnya yang telah menghadiahkannya baju melayu pink berkenaan.

Setibanya di Pizza Hut, bukan setakat ibu kandung, malah Adam telah berjumpa juga dgn Pak Tam dan Mak Tam yang belum pernah di temuinya. Dan ketika kami hampir pulang, satu lagi kereta yang terdiri dari Pak Jang, Mak Jang dan Nenek Adam pun sampai. Memang benar-benar kebetulan yang telah Allah takdirkan. Yang pastinya, koleksi sampul raya Adam bertambah lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat Hari Raya 2011

Raya 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam Ramadhan

Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan salam ramadhan. Hari ini hari ke dua puasa.  Dan malam tadi, aku di uji dengan ujian yang paling hebat rasanya.  Keadaan kepalaku semakin sakit. Begitu juga dengan rahangku. Urat ku juga terasa tegang. 

Malam tadi, kami sekeluarga berbuka di masjid Al Mukarahmah.  Memang telah diputuskan dalam mesyuarat antara aku dengan zaujahku untuk berbuka puasa di masjid. Agar mudah untuk bersolat dan seterusnya berterawikh.  Pada malam pertama semuanya berjalan dengan baik. Adam sesekali sahaja masuk ke ruang solat. Tapi tadi malam aku benar benar rasa tercabar. Berulangkali aku nasihatkan dan pesankan, jangan lalu dihadapan orang bersolat. Lalu dibelakang orang bersolat. Jangan bermain dan berlari di saat orang bersolat..

Setelah selesai solat isyak, di saat orang sedang solat sunat, adam berlari ke arahku sambil melalui di hadapan orang yang bersolat. Hatiku begitu marah sekali. Sebelum itu, di saat orang bersolat isyak, adam berlari lari sambil melompat lompat di atas besi laluan orang cacat menghasilakn bunyi bising.  Lantas aku dukong adam dan bawa ke luar dari masjid. Dengan perasaan marah,  aku cuba memukul kaki dan cuba menampar muka adam harith. Syukur Alhamdulillah,  tanganku tidak sampai menyentuh kaki dan  muka adam. Tak sampai hati untuk aku memukul anak kecil ini.  Adam meraung, menangis.  Aku campakkan di dalam kereta, lantas aku biarkan adam bersendirian di dalam kereta seketika. Kedengaran adam menangis begitu kuat.

Semakin masa berlalu, suara adam semakin perlahan. Ku buka pintu kereta dan mula berbicara dengan adam. Tapi mungkin kemarahanku yang masih belum reda, aku terus menengking adam. Mengingatkan kembali apa yang telah dilakukannya.

Akhirnya aku pulang ke rumah bersama adam. Zaujahku  tinggalkan saja di masjid. Sampai ke rumah, aku sms zaujahku,  memaklumkan bahawa beliau perlu jalan kaki untuk pulang ke rumah. Sementara itu,  aku buatkan susu untuk adam dan mengarahkan adam untuk tidur.  Lampu ku matikan.  Dan kami berdua di atas katil  di saat orang lain sedang bersolat terawikh. 

Aku terjaga lebih kurang pukul 10 lebih.  Apabila zaujahku pulang dari masjid. Rupanya adam masih belum tidur. Menyirap lagi darahku. Lantas aku menjerit, “Pergi masuk dalam bilik adam dan tidur.  “  ..  Aku kembali tidur. 

Entah pukul berapa, tiba tiba, kaki ku terasa begitu kejang.  Begitu sakit sekali  ..  Terpaksa meminta zaujahku membantu. Menyapukan minyak pada kakiku. Alhamdulillah,  kaki semakin pulih. 

Paginya, aku tidak mampu untuk bersolat berdiri.  Aku tunaikan solat sunat terawikh , diikutinya tahjud dan ku tutp dengan witir sambil berdoa agar diberikan keberkatan dan keampunan.  Selesai bersolat,  aku kejutkan zaujahku.  Jam sudah pukul 4.30 pagi.  Aku terus ke bilik adam. Takut kalau aku telah lakukan kezaliman fizikal terhadap adam. Alhamdulillah,  tiada yang lebam.  Aku usap rambutnya sambil berdoa. Berdoa agar adam harith menjadi anak yang soleh. Yang taat kepada ayah dan ibu. Menjadi jutawan yang kaya, yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta yang bertakwa. 

Pagi tadi,  Alhamdulillah,  mudah adam bangun, mandi pagi dan bersiap ke sekolah. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan ke tadika adam, aku beristigfar banyak banyak. sambil mengucap syukur kepada Allah swt. 

Aku bertanya adam, “malam nie nak ke masjid lagi ke?” , 

Adam kata, “Nak..”

Aku bertanya lagi, “Nak lari lari ?”

Adam menjawap, “Tak nak  ..  Adam nak duduk sebelah ayah saja…. “

Mungkinkah petang nanti aku akan membawa adam ke masjid lagi  ? …

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hospitalization -Julai 2011

Adam mula demam sehari sebelum majlis hari jadinya, iaitu petang 24 Jun 2011. Balik dari tadika ibu terus membawa ke Hospital Damansara. Ingatkan sambutan majlis hari jadi Adam terpaksa di batalkan, namun dengan izin Allah, Majlis berkenaan berjaya juga dibuat.

Selepas beberpa minggu demam Adam tidak juga sembuh sepenuhnya, masa Adam terpaksa juga dimasukkan ke ward.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan

Tags:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Iqra Powerpoint

Khusus untuk ibu bapa yang ingin mengajar iqra menggunakan komputer. 

 

Iqra Powerpoint Download

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gambar Lawatan Adam ke Les’ Copaque

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

First Time Merotan

Dah lama rasanya ayah  bersabar dengan karenah adam. Semakin hari semakin melintasi batas batas kesabaran seorang ayah. Malam tadi, suruh ambil wuduk, penuh dengan pelbagai alasan. Nak minum dulu lah,  sambil memandang dengan mengharap belas kasihan. Namun,  “enough is enough” Apa tah lagi, permintaan adam telah ayah tunaikan. Secara lisan, ayah bersetuju untuk membenarkan adam memilih satu barangan dari kedai Boutique Upin dan Ipin namun akhirnya adam memperolehi, satu box ( 5 keping) Sand Art upin dan ipin,  buku aktiviti upin dan ipin, selipar upin dan ipin, beach ball upin dan ipin barang diperolehi dan di saat ayah meminta adam untuk mengambil wuduk,  banyak pula alasanya.

Akhirnya ayah merotan punggung adam. Maka meraung adam. Menangis sekuat hati. Dan dalam keadaan terpaksa mengambil wuduk sambil ditemani  oleh ibu adam. Dari ruang musolla,  ayah terdengar adam berkata,  “Ibu kena kumur kumur dulu. Macam dalam ipod adam. Lepastu masukan air dalam hidung.”.

Tersentah hati kecil ayah. Selama ini ayah hanya ajarkan yang rukun dan kini adam telah mula belajar dan menerima perkara yang sunat. Mengambil wuduk dengan ilmu yang dipelajari dan bukan dengan hanya mengikut apa yang ayah suruh.  Pandai betul adam. 

Ketika hendak bersolat,  sekali lagi adam meminta keizinan dari ayah untuk bersolat sambil duduk di kerusi. Dengan alasan,  sakit deman dan sakit punggung.  Maka sekali lagi ayah mengizinkannya.  Sambil menerangkan secara ringkas solat duduk di kerusi.  Adam bersolat duduk di kerusi, siap dengan rukuk dan sujud. 

Kadang kadang kita rasa anak kita masih lagi kecil maka kita bagi segala kemudahan dan pengecualian namun kita perlu menilai sendiri pencapaian anak anak kita. Ternyata adam telah boleh berfikir dan seterusnya membuat keputusan sendiri.

Percayalah adam, saat ayah merotan, niat ayah untuk mendidik dan bukan menghukum. Adam dah masuk 4 tahun maka,  telah tiba masanya ayah bertindak sebagai pemudahcara untuk membantu adam memahami urusan agama Islam. Insya Allah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sambutan Hari Jadi Ke 4

 

Pejam celik, pejam celik..sedar-sedar dah 4 tahun rupanya umur budak bertuah ini. Pada mulanya kami bercadang untuk membawa goody beg ke tadika sahaja, sebab ramai kawan-kawannya yang buat begitu. Namun Adam minta pelbagai benda untuk hari jadinya. So dia diberi pilihan nak bawa goody beg ke sekolah, atau sambutnya di rumah, dan di memilih untuk menyambutnya di rumah. Antara barang yang Adam minta adalah :

  1. Kek yang ada belon berwarna-warna di atasnya.
  2. Baju Cars berwarna biru.
  3. Yoyo.
  4. Selipar dan jem Ben 10.

Alhamdulillah, 3 yang pertama dapat ditunaikan, cuma yang ke 4 masih belum jumpa. Jam yang paling susah sebab tangan Adam masih terlalu kecil. Diusia 4 tahun, berat Adam masih tidak bertambah, tetap 10 KG semenjak sekian lama.

Ikut plan asalnya ibu bercadang untuk buat mee kari untuk orang dewasa, kek dan puding gula hangus serta apam polka dot untuk kanak-kanak. Namun dugaan mendatang bilamana petang jumaat tuh suhu badan Adam naik mendadak sehingga Adam menggigil. Pulang dari tadika, ibu terus membawa Adam ke ward kecemasan Damansara Speacialist Hospital, untuk mendapatkan rawatan. Risau juga kalau-kalau Adam perlu dimasukkan ke ward, kerana tahun lepas pun Adam dimasukkan ke ward kerana suhu badan yang cukup tinggi hingga menggigil juga. Mujurlah selepas di beri ubat bontot suhu Adam menurun, dan Adam dibenarkan pulang. 2 hari diberikan tempoh untuk pemerhatian. Jika suhu badan Adam naik lagi, perlu di buat ujian darah, kerana doktor takut kalau-kalau denggi.

Syukur alhamdulillah, dgn pelbagai lagi dugaan, majlis sambutan hari jadi ke 4 Adam Harith berjaya dilaksanakan serba sederhana. Tetamu yang datang hanyalah Mak Atuk dan adik-adik serta sepupu ayah Adam. Terima kasih kepada yang sudi hadir.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Palestine We Care For You 2011-Laman Budaya Shah Alam

Adam bersama rakan-rakan Tadika telah memeriahkan program Palestine We Care For You 2011. Program ini adalah Anjuran Aman Palestine Shah Alam di Laman Budaya Shah Alam pada 29 Mei 2011 (Ahad)
dari jam 9pagi – 6.30petang

Banyak acara menarik disediakan seperti:
(waktu pagi)
– Jualan Palestine
– Nisa Indoor Games
– Pentomen.

(waktu petang)
– Persembahan Nasyid kumpulan Mestica
– Simple Talk about Palestine with Farrah Addeba & Palestine Representative
– Tarian Dabka Palestine
– Drama Palestine

Adam terlibat dalam persembahan pentomen. Selain dari Tadika Hidayah Bestari, ada 13 tadika lagi yang turut sama terlibat. Selain daripada itu, beberapa hari sebelum itu, murid-murid ini telah mengecap tangan pada bendera Palastine. Sambungan bendera-bendera ini adalah sepanjang 100 meter dan merupakan satu rekod di Malaysia.

Oleh kerana cuaca yang sangat panas, kami balik selepas teacher Adam menerima hadiah, tanpa menunggu untuk acara di waktu petang

PHOTO ALBUM 

VIDEO ALBUM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Report Card Adam @ Mid Term 2011

Berikut adalah Report Card Adam untuk Midterm Review 2011.

Ulasan lanjut, nantikan dari Ibu Adam.  (Click untuk melihat saiz besar )

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS