Masuk2 jer rumah, Adam jumpa botol susu yang berisi air masak dari malam sebelumnya. Dia terus berlari ke bilik TV dan sebut ‘tak nak’. Ingatkan Adam nak susu, terus ibu ambil botol tuh untuk bancuh susu. Adam terus menangis dan mulutnya tak berhenti sebut ‘ tak nak’.
Bagi susu tak nak, dukung dan peluk pun tak nak. 2 kali bawa masuk bilik, letak atas katil bagi susu. Tak nak. Dan adam berlari, terus meniarap di ruang tamu. Keadaan terlalu kalut dengan azan maghrib, tangisan adam, bacaan quran di Hp dan call dari ayah beberapa kali.
Bila ibu nak solat maghrib, tangisan Adam makin kuat menangis. Buntu, apa yang teringat diminda hanyalah ayat kursi. 3 kali ibu bacakan ayat qursi, ketika orang di surau sedang solat maghrib. Tak tahu siapa yang dengar, tapi bacaan ibu memang sekuat hati. Semakin kuat ibu membaca, semakin kuat adam menangis dan menjerit. Akhirnya ibu meninggalkan Adam menangis di atas sejadah, dan ibu solat di ruang tamu. Selesai solat, tangisan Adam dah berhenti. Rupanya Adam dan tertidur keletihan di atas sejadah. Adam dibiarkan tidur sementara ibu mandi dan menanti ayah sampai.
Bila ayah sampai, barulah Adam nak minum susu. Sementara itu, ayah buat apa2 yang patut, untuk mengelakkan perkara ini berulang. Lepas minum, Adam begitu ceria untuk bermain dengan ayah dan ibu. Malangnya ibu terlalu mengantuk dan ayah pula sakit kepala.
Untuk malam ke 3, semua orang tidur di ruang tamu. Tutup semua pintu2 yang lain, berikan buku mickey mouse, dan biarkan sahaja Adam bermain sendirian. Entah pukul berapa Adam tidur, tiada yang tahu.