Yer itulah dia, no 4 dari kiri yang sedang memegang kipas. Adam Harith mengiringi persembahan nasyid di Malam Demi Palestin anjuran TV Alhijrah yang disiarkan secara langsung.
Sungguh memeranjatkan. Kami sendiri pun semacam tak percaya pada mulanya. Pagi khamis 20 Dec 2012 semasa menghantar Adam ke day care macam biasa, cikgu bertanya kalau2 Adam berminat untuk join persembahan di TV Alhijrah pada 23 Dec nanti? Kalau berminat cikgu suruh abi Adam belikan jubah putih untuk Adam.
Ummi Adam yang kebingungan terus menghubungi Pengetua Tadika Hidayah Bistari. Sebenarnya Tadika Hidayah Bestari adalah salah satu dari Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim Ku). Adam terpilih bersama 4 orang dari tadikanya. Menurut Pengetua, pemilihan adalah berdasarkan pelajar yang aktif dan tidak malu atau takut berdepan dengan orang ramai.
Bangganya, sekolah-sekolah lain telah menjalani rehersal penuh pada malam sebelumnya dan juga berlatih untuk masuk ke pentas di petang sebelum majlis. Sedangkan Adam dan kawan-kawan dari sekolahnya cuma ada rehersal 2 jam sebelum majlis berlangsung sahaja, namun mereka berjaya melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.
(where is Adam? Tidak jauh dari kaki Fara Deeba)