Karangan Adam 


Aku sebuah basikal …..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah sedih dari Adam Harith. Maafkan abi adam ..

Bab 1

Pagi tu, abi terlalu kelam kabut. Sediakan bekal untuk abi dan juga untuk adam harith. Biasanya selepas solat subuh berjemaah dengan adam harith, abi akan berikan duit belanja sekolah sebanyak RM2. Tetapi pagi itu, abi benar benar kalut lantas terlupa untuk memberikan duit belanja sekolah.

Setelah memanjat 79 anak tangga, abi menyandangkan beg sekolah ke bahu adam harith. Adam harith memandang abi dengan penuh pengharapan dan bertanya..

“Duit, abi “

Abi pun teringat yang abi tidak memberi duit belanja sekolah selepas solat subuh tadi. Abi seluk beg duit dan melihat isi di dalamnya. Terdapat 1 keping duit RM10 dan sekeping duit RM50. Maka abi pun berkata

“Adam, abi minta maaf. Abi tak ada duit kecil. Tak apa ya, kalau tak bawa duit sekolah. Adam kan bawa bekal dan air. “

Seperti biasa, adam tersenyum sambil berkata.

“Tak apa abi.”

Adam melangkah memanjat baki anak tangga menuju ke padang perhimpunan dan abi pun bergegas menuruni 79 anak tangga untuk ke kereta dan terus memandu ke pejabat.

Bab 2

Petang itu sewaktu abi pulang ke rumah, abi mendengar cerita sedih dari adam. Dahlah tak bawa duit sekolah, air yang dibekalkan pula tumpah.

“Adam menangis, dan kawan kawan tengok adam menangis. Adam haus. Nak beli air, adam tak ada duit. “

Tersentuh hati abi bila mendengarnya. Lantas abi mengambil 2 sampul duit raya, dan meminta adam memasukkan sampul tersebut di dalam beg.

“Adam, ini duit kecemasan. Dalam sampul ini ada duit. Abi bagi 2 sampul. Abi nak, kalau abi terlupa bagi duit belanja, adam guna duit dalam sampul ini . Ok ? “

“Ok.” , jawab adam sambil tersenyum riang.

Bab 3

Keesokan paginya, selepas solat subuh,

“Adam, nie duit belanja sekolah hari ini….. “

Belum sempat abi meneruskan ayat abi, adam telah mencelah.

“Abi, semalam abi dah bagi duit. Ada dalam beg adam. “

Maka sekali lagi abi jelaskan,

“Adam, duit yang ada dalam beg adam tu, adalah duit yang boleh adam guna sekiranya abi lupa nak bagi duit. Pagi ni abi ingat dan abi nak bagi adam duit belanja sekolah. Jadi duit dalam beg, adam tak boleh guna. Ok?”

Penjelasan dari abi.

“OK”, Balas adam sambil tersenyum .. dan melipat duit tersebut serta menyimpannya ke dalam poket seluar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat Bersekolah

Cepat masa berlalu. Hari ini dah masuk hari ke 5 Adam bersekolah rendah. Macam macam yang berlaku selama 5 hari ini. 2 hari abi dan ummie temankan dan 3 hari tanpa abi ummie, ada cerita bagi setiap hari.

Hari ke 3, hari paling mencemaskan. Lepas habis waktu persekolahan, Adam tidak turun-turun. 3 kali Auntie Yati, pemandu kereta yang akan membawa Adam ke tempat transit, menelefon ummie Adam. Ummie Adam begitu risau sehinggalah ibu kepada kawan karib Adam menelefon ummie bertanya perihal Adam yang khusyuk bermain di dalam kelas. Setelah diterangkan, barulah Adam turun ke pagar utama dan bertemu dengan Aunyie Yati.

Hari ke 4, dah sampai ke tapak perhimpunan, baru Adam memaklumkan kepada abi bahawa, semalam cikgu suruh pakai baju sukan. Nasib baik, rumah dekat dengan sekolah maka jadilah abi pemandu kereta lumba mengambil baju sukan dan kembali ke sekolah. Abi tarik Adam ke tandas semasa Adam di dalam perjalanan ke kelas untuk menukar pakaian. Dalam perjalan abi ke kereta, abi terserempak dengan ibu kawan sekelas Adam dan memaklumkan kepada abi yang hari ini cikgu suruh bawa gambar keluarga. Sambil tersengih, abi berlalu. Rasanya tak larat nak balik ke rumah dan kembali memanjat tangga di sekolah Adam.

Hari ke 5, Adam mengalami kemalangan di pusat transit. Terjatuh sewaktu berlari ke tandas untuk mandi. Cemas suara cikgu Adam, dengan tenang, abi maklumkan kepada cikgu agar melakukan tuaman sejuk pada tempat yang bengkak.

Bekas pensil Adam dah hilang hehehe, beli air terlupa ambil baki. Sehingga ke hari ini Adam hanya pernah beli 3 cawan air dan 2 kek lapis Apollo sahaja.

Setiap pagi, ummie adam menyediakan sarapan pagi untuk adam. Semalam, oleh kerana adam hanya nampak biskut maka bekalan kue tiew tidak dijamahnya.

Posted from WordPress for Windows Phone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mari membaca bersama Adam Harith (EP 1) – Angsa yang buruk bertukar cantik

Adam Harith dengan kerjasama TertakRindu.Net sedang dalam usaha untuk menghasilkan video log (VLog)  Siri Mari Baca Bersama Adam Harith.  Dalam siri ini, Adam Harith akan membaca buku cerita yang bertajuk 12 Kisah Haiwan Berpandukan Al Quran karya Ustaz Drs Zainuddin MM dan diterbitkan Darul Mughni Trading. Diharap dengan penghasilan Vlog ini akan dapat menghiburkan anak anak kecil mendengar Adam Harith membaca. Buat masa ini, kita akan cuba menghabiskan buku tersebut dan di masa hadapan, kita akan pilih siri buku lain pula.

Semoga bermanafaat.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Main Layang Layang

Dah hampir sebulan adam nak main layang layang. Abi janji berjanji namun ada sahaja  kekangannya.  Janji nak ke padang sebelah petang,  hujan di petang hari.  Janji nak pergi pagi, hujan di pagi hari. Semalam, lepas solat zuhur kami bertolak ke Taman Metropolitan.  Bukan main seronok adam. Jelas dari raut wajahnya. Apa tah lagi,  outing kali ini hanya di antara adam dan  abinya. 

Layang-layang telah tersedia di dalam kereta. Nasib baik layang-layang versi moden. Tinggal pasang dan  terbangkan. Teringat suatu masa dahulu. Layang layang kena buat sendiri. 

Kertas surat khabar lama, lidi penyapu dan  gam nasi serta benang mak atuk.  Smile   Kertas tu di lipat untuk menghasilkan  bentuk diamond dan disilangkan dengan lidi penyapu.  Kelilingnya  di gam dengan gam nasi.  Masa semakin berlalu dan semakin pandai. Heheh gam nasi digantikan dengan gam atau tape. Surat khabar  digantikan dengan kertas warna.

 

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat abi ambil adam bermain layang layang. :

 

IMG-20130609-00323IMG-20130609-00324IMG-20130609-00325IMG-20130609-00326

Setelah penat bermain dipadang,  adam dan abi  ke  MCD Desa Jaya.  Sambil makan ais cream sambil bermain di tempat yang disediakan.  

IMG-20130609-00327

Kami pulang ke rumah sebelum masuk waktu asar.  Badan abi sakit sakit dan keletihan. Tetapi adam,  meneruskan aktivitinya  Smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adam Lulus Ujian Tali Pinggang Kuning – Taekwondo

Pada hari sabtu, 27 April 2013,  Adam telah menduduki ujian taekwondo  tali pinggang kuning.  Alhamdulillah,  adam telah pun lulus dan kini memakai tali pinggang oren.

 

Part 1

Part 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adam di pentas Malam Demi Palestin, TV Alhijrah

603285_508952685801657_1212400794_n

 

Yer itulah dia, no 4 dari kiri yang sedang memegang kipas. Adam Harith mengiringi persembahan nasyid di Malam Demi Palestin anjuran TV Alhijrah yang disiarkan secara langsung.

Sungguh memeranjatkan. Kami sendiri pun semacam tak percaya pada mulanya. Pagi khamis 20 Dec 2012 semasa menghantar Adam ke day care macam biasa, cikgu bertanya kalau2 Adam berminat untuk join persembahan di TV Alhijrah pada 23 Dec nanti? Kalau berminat cikgu suruh abi Adam belikan jubah putih untuk Adam.

Ummi Adam yang kebingungan terus menghubungi Pengetua Tadika Hidayah Bistari. Sebenarnya Tadika Hidayah Bestari adalah salah satu dari Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim Ku).  Adam terpilih bersama 4 orang dari tadikanya. Menurut Pengetua, pemilihan adalah berdasarkan pelajar yang aktif dan tidak malu atau takut berdepan dengan orang ramai.

Bangganya, sekolah-sekolah lain telah menjalani rehersal penuh pada malam sebelumnya dan juga berlatih untuk masuk ke pentas di petang sebelum majlis. Sedangkan Adam dan kawan-kawan dari sekolahnya cuma ada rehersal 2 jam sebelum majlis berlangsung sahaja, namun mereka berjaya melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.

2

(where is Adam? Tidak jauh dari kaki Fara Deeba)

Lagi gambar2 koleksi dari TV Alhijrah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Program Berkhatan

Program Berkhatan beramai-ramai.

Tarikh :24 Nov 2012 (Sabtu)
Tempat : Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damasara.

Adam mengikut idolanya Upin dan Ipin yang berkhatan ketika berumur 5 tahun. Dah seronok nak tiru Mail, nak cakap pada kawan2 “Sakit, macam kena gigit harimau”.

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Khenduri kahwin Asraf

Hujung minggu selanjutnya, pada 17 Nov 2012, kami pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan seorang lagi sepupu ummi Adam.

Sama seperti minggu sebelumnya, camera di tangan Adam. Berikut adalah hak cipta Adam Harith.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Khenduri Kahwin Wan Azuan

Dari Kuala Selangor, kami terus ke Felda Gunung Besaut II, Slim River, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu ummi Adam.

Kali ini sepanjang masa camera di tangan Adam. Ini semua adalah hak cipta terpelihara Adam harith

 

 

(klik pada gambar untuk besarkan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS