Hospitalise Dec 2011

Hari isnin malam selasa, Adam mengadu sakit perut. Ayah bawa Adam ke klinik biasa dan kemudiannya di refer ke Hospital. Ujian darah mengesahkan darah Adam mengandungi virus.

Maka Adam di masukkan ke ward malam itu juga. Minggu itu sebenarnya ibu sedang berkursus. Oleh itu tidak mampu untuk menjaga Adam 24 jam. Ibu Cuma menjaga Adam di waktu malam, manakala siang hari Adam di jaga oleh ayah.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan.

 

Tags:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lawatan Ke Muzium Negara

Dari Putrajaya, dengan niat untuk mendedahkan adam dengan sejarah maka destinasi yang dituju ialah muzium negara..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari Ihtifal 2011

Photo Album

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenduri di Behrang 2011– Majlis Perkahwinan Hisham & Rinawaty

Photo Album :

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari Mengambil Kad Laporan (Report Card) Adam Nov 2011

 

Komen Teacher Eiffa Soleha

 SCAN0041

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pagi ini …. ayah, seluar adam koyak. Malu ..

“Ayah, seluar Adam koyak,  malu nampak kote. “ 

Tersentak hati ini. 

“Ha ah, seluar sekolah adam dah koyak. Tak apa nanti ayah jahitkan.”

Lantas aku ke bilik musolla. Di situlah ibu adam menyimpan segala peralatan menjahit.

Alhamdulillah,  ada benang dan ada jarum.

Aku pun duduk di ruang makan kerana lampunya agak terang sedikit. Memasukkan benang ke dalam lubang jarum memang mencabar, apa tah lagi bagi orang sepertiku yang memang rabun.  Namun syukur Alhamdulillah, dengan keizinannya masuk juga benang ke dalam lubang jarum. 

Sambil menjahit,  aku beritahu adam. 

“Adam, adam tahu tak,  Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad saw,  menjahit sendiri pakainya yang koyak. Esok kalau adam dah besar,  adam jahit sendiri ya. “ 

Adam yang khusyuk menonton clip video little einstein  hanya mengangguk. 

Seseketika aku memandanng jam di dinding. Jarum panjang di angka 10 dan jarum pendek di angka 8.

“Aduh dah lambat nie”

Oleh kerana dah lama tidak menjahit,  maka lembab dan perlahan aku menjahit. Sesekali, jarum tertusuk ke jariku…. 

Syukur, Alhamdulillah,  selesai menjahit seluar adam,  ku pakaikan seluar adam, ku suapkan 2 sudu madu dan 5ml minyak ikan dan sebutir vitamin. 

Beg sekolah adam pula perlu di uruskan.  Baju tambahan di masukan ke dalam beg,  roti untuk makan paginya dan ku letakan di depan pintu.  Kini barang barang ku,  beg komputer riba,  dan tablet ku letakan di depan pintu juga. 

“Ok adam,  mati kan ipod, dan pakai  selipar. Kita ke sekolah sekarang” 

Selesai mengunci pintu,  adam meminta didukung. Oleh kerana dah lambat sangat,  malas nak bertengkar dengan adam, aku pun mendukung adam. Dibahuku dengan beg komputer bimbitku, ditangan kanan ku dengan kunci kereta,  di bahu kiriku dengan adam dan di tangan kiri dengan beg adam.  Oleh kerana hari ini parking di luar kawasan apartment,  maka amat amat mencabar rasanya. 

Penat dan letih namun di saat adam tersenyum dengan ceria,  rasa kepenatan hilang seketika. 

Pukul 8.20 am adam baru masuk ke taksa.  dan aku,  pukul 9.00 am  baru sampai pejabat. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lawatan ke I-City Shah Alam

Selepas majlis di SACC, kami membuat lawatan ke I-City Shah Alam. Oleh kerane telah penat dengan aktiviti seharian, kami cuma berada di sana sebentar sahaja. Insya-Allah, apabila masa mengizinkan kami akan datang lagi.

Inilah gambar yang sempat dirakamkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hi Tea Amal Raudatus Sakinah

Petang sabtu, 24 september 2011, Adam sekeluarga telah menghadiri Majlis Hi Tea  di Shah Alam Convention Centre.

Berikut adalah gambar-gambar yang di hasilkan sepanjang majlis berkenaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Anak Soleh Insya-Allah. Alhamdulillah

Hari Jumaat malam sabtu, sambil berehat menanti ayah pulang dari Masjid, Ibu dan Adam menonton berita di TV. Salah satu berita adalah mengenai satu kebakaran di suatu tempat di daerah Kelang. Api sedang marak dan kelihatan bomba sedang berusaha memadamkan api waktu itu.

Tiba-tiba Adam bertanya:

Adam : Ibu, siapa nih?.
Ibu: Ohh..Ini bomba. Bomba kerjanya padamkan api. Sama macam Adam yang nak jadi Doktor kan. Doktor kerjanya mengubati orang sakit.
Adam: Oooo...(nampaknya dia macam dah faham).

Kira-kira sejam lepas itu, ayah pun dah balik dari masjid,  sekali lagi Adam bertanya :

Adam : Ibu, bomba tuh apa?
Ibu : Bomba tuh, orang yang bekerja  memadamkan api bila ada berlaku kebakaran. Adam tengok tadikan, api besar. Kesian kilang tuh terbakar kan.
Adam : IBU…API NERAKA LAAAGGGIIIIII BESAR…
Ibu dan ayah : Berpandangan.
Dalam hati mengucap syukur dan berterima kasih kepada guru-guru di Tadika Hidayah Bestari yang telah berjaya menanamkan jiwa islam di hati anak kecil ini.

Esoknya, kami mengadakan sedikit jamuan raya. Tetamu pertama yang datang adalah kawan baik di Tadika Adam, iaitu Elisya dan kakaknya Emily. Alhamdulillah, 3 orang guru dari tadika Adam turut hadir memeriahkan majlis. Ibu Adam mengambil peluang ini utuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas cara didikan di Tadika Adam yang lengkap.

Tengahari Ahad, lepas mengemaskan pinggan mangkuk dan periuk belanga, ibu Adam terasa letih dan mengantuk sangat. Dalam tidur-tidur ayam ibu terdengar azan Zuhur berkumandang. Tetiba terdengar suara kecil di tepi katil

Ayah, ayah bangunlah, orang dah azan tuh. Jumlah kita pergi ke masjid.

Ketika ayah sedang berwuduk di toilet terdengar sekali lagi suara kecil itu berbunyi, sedikit merungut

Ayah nih, cepatlah sikit. Adam dah siap nih. Dah pakai songkok dah pun nih. Cepatlah ayah.

Alhamdulillah, di usia 4 tahun 3 bulan dia, keimanannya cukup hebat. Semoga menjadi anak soleh yang akan berbakti kepada kedua ibu bapanya, agama, bangsa dan negara.  Insya-Allah.  Alhamdulillah.

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sistem Bintang

Seseorang pernah bertanya di dalam status Facebooknya, wajarkah kita mengupah anak untuk berpuasa dengan wang ringgit? Tidak kah ini bermakna kita mengajar anak kita menjadi materialistik, terlalu mengejar wang dan kebendaan. Sedikit sebanyak ini mempengaruhi perasaan saya. Saya pernah terlihat cerita di TV yang mengupah anak dengan wang untuk belajar berpuasa. Bila anak tuh telah remaja dan bertanya kepada ayahnya kenapa ayahnya tidak lagi mengupah anaknya dengan duit, maka jawapan si ayah adalah biarlah Allah yang membalas puasa dan segala kebaikannya dengan pahala.

Seterusnya dalam siri Nanny 911 di TV7 yang memapakan cara yang nanny gunakan untuk mendidik kanak-kanak adalah dengan menggunakan ‘star reward point’. Bagi setiap kebaikan akan diberikan satu bintang dan bagi setiap kesalahan pula, 1 bintang akan dikurangkan. Pada mulanya kami membeli Fridge Magnets berbentuk senyum. Untuk setiap kebaikan Adam akan mendapat 1 senyum. Namun kebijaksaan budak seorang ini memang memerlukan kesabaran. Dengan menggunakan kerusi, untuk mengambil Fridge Magnets  dia mendakwa bahawa dia dah dapat 5 senyum dan layak mendapat hadiahnya. Hinggalah saya mendapat idea menggunakan software power point. Ringkasnya apa yang saya paparkan pada power point slide berkenaan adalah seperti berikut.

1. Subjek yang dia perlu belajar setiap malam, selepas waktu Isya hingga pukul 10.00 malam. Perlu diingat Adam telah penat belajar di Tadika, jadi cuma 1 subjek sahaja untuk 1 malam. Bila dibincangkan dengan Adam, yang paling dia suka adalah aktiviti pada hari Ahad. Namun untuk mendapatkannya, hari-hari lain perlu dilalui terlebih dahulu dengan jayanya.

2. Bagi setiap pencapaian, Adam akan mendapat 1 bintang. Semua kriteria yang saya letakkan ini adalah yang Adam ada masalah sedikit sebenarnya apabila di suruh. Contohnya bab membasahkan tilam, suatu masa dahulu Adam telah OK, namun entah kenapa tetiba bermasalah pula, jadi sebagai galakkan perkara berkenaan di tambah. Kriteria ini perlu di tambah dan dibuang dari masa ke semasa.
3. Sebagai balasan daripada semua kebaikan dan usaha yang telah dilakukan, ini lah hadiah2 yang bakal dia dapat. Namun ini bukan senang kerana cabarannya terlalu banyak.  Oleh kerana Adam terlalu banyak permintaan Adam selepas terjumpa/mencubanya semasa balik kampung semperna raya, semua permintaan Adam di senarainya. Jika dia inginkan mendapat skooternya secepat mungkin, dia perlulah mengabaikan Kit kat, ais cream, buku, guli, bola dan cadarnya terlebih dahulu. Jika tidak makin lambatlah impiannya akan terlaksana.

 

Jika ada yang ingin meniru, semua aktiviti, pelajaran, Ko-K dan juga hadiah perlulah dibincangkan dengan anak kita terlebih dahulu.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS