You are here: Home > Kecerdasan > Pagi ini …. ayah, seluar adam koyak. Malu ..

Pagi ini …. ayah, seluar adam koyak. Malu ..

“Ayah, seluar Adam koyak,  malu nampak kote. “ 

Tersentak hati ini. 

“Ha ah, seluar sekolah adam dah koyak. Tak apa nanti ayah jahitkan.”

Lantas aku ke bilik musolla. Di situlah ibu adam menyimpan segala peralatan menjahit.

Alhamdulillah,  ada benang dan ada jarum.

Aku pun duduk di ruang makan kerana lampunya agak terang sedikit. Memasukkan benang ke dalam lubang jarum memang mencabar, apa tah lagi bagi orang sepertiku yang memang rabun.  Namun syukur Alhamdulillah, dengan keizinannya masuk juga benang ke dalam lubang jarum. 

Sambil menjahit,  aku beritahu adam. 

“Adam, adam tahu tak,  Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad saw,  menjahit sendiri pakainya yang koyak. Esok kalau adam dah besar,  adam jahit sendiri ya. “ 

Adam yang khusyuk menonton clip video little einstein  hanya mengangguk. 

Seseketika aku memandanng jam di dinding. Jarum panjang di angka 10 dan jarum pendek di angka 8.

“Aduh dah lambat nie”

Oleh kerana dah lama tidak menjahit,  maka lembab dan perlahan aku menjahit. Sesekali, jarum tertusuk ke jariku…. 

Syukur, Alhamdulillah,  selesai menjahit seluar adam,  ku pakaikan seluar adam, ku suapkan 2 sudu madu dan 5ml minyak ikan dan sebutir vitamin. 

Beg sekolah adam pula perlu di uruskan.  Baju tambahan di masukan ke dalam beg,  roti untuk makan paginya dan ku letakan di depan pintu.  Kini barang barang ku,  beg komputer riba,  dan tablet ku letakan di depan pintu juga. 

“Ok adam,  mati kan ipod, dan pakai  selipar. Kita ke sekolah sekarang” 

Selesai mengunci pintu,  adam meminta didukung. Oleh kerana dah lambat sangat,  malas nak bertengkar dengan adam, aku pun mendukung adam. Dibahuku dengan beg komputer bimbitku, ditangan kanan ku dengan kunci kereta,  di bahu kiriku dengan adam dan di tangan kiri dengan beg adam.  Oleh kerana hari ini parking di luar kawasan apartment,  maka amat amat mencabar rasanya. 

Penat dan letih namun di saat adam tersenyum dengan ceria,  rasa kepenatan hilang seketika. 

Pukul 8.20 am adam baru masuk ke taksa.  dan aku,  pukul 9.00 am  baru sampai pejabat. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply