You are here: Home > Kecerdasan > Anak Soleh Insya-Allah. Alhamdulillah

Anak Soleh Insya-Allah. Alhamdulillah

Hari Jumaat malam sabtu, sambil berehat menanti ayah pulang dari Masjid, Ibu dan Adam menonton berita di TV. Salah satu berita adalah mengenai satu kebakaran di suatu tempat di daerah Kelang. Api sedang marak dan kelihatan bomba sedang berusaha memadamkan api waktu itu.

Tiba-tiba Adam bertanya:

Adam : Ibu, siapa nih?.
Ibu: Ohh..Ini bomba. Bomba kerjanya padamkan api. Sama macam Adam yang nak jadi Doktor kan. Doktor kerjanya mengubati orang sakit.
Adam: Oooo...(nampaknya dia macam dah faham).

Kira-kira sejam lepas itu, ayah pun dah balik dari masjid,  sekali lagi Adam bertanya :

Adam : Ibu, bomba tuh apa?
Ibu : Bomba tuh, orang yang bekerja  memadamkan api bila ada berlaku kebakaran. Adam tengok tadikan, api besar. Kesian kilang tuh terbakar kan.
Adam : IBU…API NERAKA LAAAGGGIIIIII BESAR…
Ibu dan ayah : Berpandangan.
Dalam hati mengucap syukur dan berterima kasih kepada guru-guru di Tadika Hidayah Bestari yang telah berjaya menanamkan jiwa islam di hati anak kecil ini.

Esoknya, kami mengadakan sedikit jamuan raya. Tetamu pertama yang datang adalah kawan baik di Tadika Adam, iaitu Elisya dan kakaknya Emily. Alhamdulillah, 3 orang guru dari tadika Adam turut hadir memeriahkan majlis. Ibu Adam mengambil peluang ini utuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas cara didikan di Tadika Adam yang lengkap.

Tengahari Ahad, lepas mengemaskan pinggan mangkuk dan periuk belanga, ibu Adam terasa letih dan mengantuk sangat. Dalam tidur-tidur ayam ibu terdengar azan Zuhur berkumandang. Tetiba terdengar suara kecil di tepi katil

Ayah, ayah bangunlah, orang dah azan tuh. Jumlah kita pergi ke masjid.

Ketika ayah sedang berwuduk di toilet terdengar sekali lagi suara kecil itu berbunyi, sedikit merungut

Ayah nih, cepatlah sikit. Adam dah siap nih. Dah pakai songkok dah pun nih. Cepatlah ayah.

Alhamdulillah, di usia 4 tahun 3 bulan dia, keimanannya cukup hebat. Semoga menjadi anak soleh yang akan berbakti kepada kedua ibu bapanya, agama, bangsa dan negara.  Insya-Allah.  Alhamdulillah.

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply