You are here: Home > Kecerdasan > Sistem Bintang

Sistem Bintang

Seseorang pernah bertanya di dalam status Facebooknya, wajarkah kita mengupah anak untuk berpuasa dengan wang ringgit? Tidak kah ini bermakna kita mengajar anak kita menjadi materialistik, terlalu mengejar wang dan kebendaan. Sedikit sebanyak ini mempengaruhi perasaan saya. Saya pernah terlihat cerita di TV yang mengupah anak dengan wang untuk belajar berpuasa. Bila anak tuh telah remaja dan bertanya kepada ayahnya kenapa ayahnya tidak lagi mengupah anaknya dengan duit, maka jawapan si ayah adalah biarlah Allah yang membalas puasa dan segala kebaikannya dengan pahala.

Seterusnya dalam siri Nanny 911 di TV7 yang memapakan cara yang nanny gunakan untuk mendidik kanak-kanak adalah dengan menggunakan ‘star reward point’. Bagi setiap kebaikan akan diberikan satu bintang dan bagi setiap kesalahan pula, 1 bintang akan dikurangkan. Pada mulanya kami membeli Fridge Magnets berbentuk senyum. Untuk setiap kebaikan Adam akan mendapat 1 senyum. Namun kebijaksaan budak seorang ini memang memerlukan kesabaran. Dengan menggunakan kerusi, untuk mengambil Fridge Magnets  dia mendakwa bahawa dia dah dapat 5 senyum dan layak mendapat hadiahnya. Hinggalah saya mendapat idea menggunakan software power point. Ringkasnya apa yang saya paparkan pada power point slide berkenaan adalah seperti berikut.

1. Subjek yang dia perlu belajar setiap malam, selepas waktu Isya hingga pukul 10.00 malam. Perlu diingat Adam telah penat belajar di Tadika, jadi cuma 1 subjek sahaja untuk 1 malam. Bila dibincangkan dengan Adam, yang paling dia suka adalah aktiviti pada hari Ahad. Namun untuk mendapatkannya, hari-hari lain perlu dilalui terlebih dahulu dengan jayanya.

2. Bagi setiap pencapaian, Adam akan mendapat 1 bintang. Semua kriteria yang saya letakkan ini adalah yang Adam ada masalah sedikit sebenarnya apabila di suruh. Contohnya bab membasahkan tilam, suatu masa dahulu Adam telah OK, namun entah kenapa tetiba bermasalah pula, jadi sebagai galakkan perkara berkenaan di tambah. Kriteria ini perlu di tambah dan dibuang dari masa ke semasa.
3. Sebagai balasan daripada semua kebaikan dan usaha yang telah dilakukan, ini lah hadiah2 yang bakal dia dapat. Namun ini bukan senang kerana cabarannya terlalu banyak.  Oleh kerana Adam terlalu banyak permintaan Adam selepas terjumpa/mencubanya semasa balik kampung semperna raya, semua permintaan Adam di senarainya. Jika dia inginkan mendapat skooternya secepat mungkin, dia perlulah mengabaikan Kit kat, ais cream, buku, guli, bola dan cadarnya terlebih dahulu. Jika tidak makin lambatlah impiannya akan terlaksana.

 

Jika ada yang ingin meniru, semua aktiviti, pelajaran, Ko-K dan juga hadiah perlulah dibincangkan dengan anak kita terlebih dahulu.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply