You are here: Home > Aktiviti sehari, Budak Comel > Yey..raya di Kampung 2011

Yey..raya di Kampung 2011

Tahun ini merupakan raya yang paling seronok pada Adam. Hari sabtu Adam menyambut pre-raya di Putrajaya. Mak atuk dan acu masak nasi minyak, rendang daging, sambal goreng jawa dan ayam ungkep. Selain daripada itu, ibu dan mak ngah Adam membuat ketupat daun kelapa bagi memenuhi hasrat Adam untuk memasak dan makan ketupat.

Selepas berbuka dan beraya dgn semua orang Adam sekeluarga pulang ke rumah. Pagi Ahad tuh, sesudah subuh Adam berangkat pulang ke kampung nenek di Taiping Perak.

Malam Pertama Adam dikampung Adam berpeluang melihat orang bermain mercun dan bunga api. Selain daripada itu Adam juga membantu nenek menyusun kuih raya. Rupa-rupanya kuih raya kegemaran Adam adalah dodol. Banyak betul dodol nenek yang di makannya.

Ada satu berita sedih yang berlaku. Baju raya berwarna kuning yang ummi Adam jahit habis berlobang terkena iron baru. Mujurlah ibu kandung Adam telah menghadiahkan sepasang baju melayu berwarna pink untuk Adam.

Di pagi raya, dengan berbaju pink Adam ikut ibu dan ayah bersolat hari raya di Masjid yang pernah menjadi tempat pernikahan ibu dan ayah Adam. Selepas itu Adam mengikut ibu dan ayah beraya ke rumah saudara mara ibu. Banyak betul Adam dapat duit raya. Seronok betul dia.

Pagi raya ke-3 Adam mengkut Tok Su menjala ikan bersama2 dgn dua pupunya yang tinggal di Ampang. Sungguh ibu pun tak sangka yang Adam berani menangkap ikan sepat dan haruan yang masih hidup. Kalau diikutkan ikan puyu pun Adam akan tangkap, cuma ibu jer melarang sebab duri pada siripnya yang tajam.

Selepas itu Adam pergi khenduri kahwin di kampung lama ibu. Oleh kerana ibu telah berjumpa dengan hampir semua saudara mara belah ayah, maka kami terus pulang selepas habis khenduri tersebut.

Petang tuh, sekali lagi Adam menjadi budak kampung dengan menolong nenek menebas rumput dan membakar sampah. Di kampung tiada kemudahan Alam Flora@ lori sampah.

Pagi raya ke-4 Adam ke Parit Buntar. Mula2 Adam beraya di rumah kawan sekolah ayah di SMS Muar dulu. Selepas itu kami ke Pizza Hut di Pusat Bandar Parit Buntar. Adam dijanjikan untuk bertemu dengan ibu kandungnya yang telah menghadiahkannya baju melayu pink berkenaan.

Setibanya di Pizza Hut, bukan setakat ibu kandung, malah Adam telah berjumpa juga dgn Pak Tam dan Mak Tam yang belum pernah di temuinya. Dan ketika kami hampir pulang, satu lagi kereta yang terdiri dari Pak Jang, Mak Jang dan Nenek Adam pun sampai. Memang benar-benar kebetulan yang telah Allah takdirkan. Yang pastinya, koleksi sampul raya Adam bertambah lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply