You are here: Home > Kecerdasan > Adam Kerinduan….. “Ayah, adam rindu nenek”…

Adam Kerinduan….. “Ayah, adam rindu nenek”…

Minggu lepas, sewaktu berada di rumah mak atuk, adam mengadu pada ayah.

 

"Ayah, adam sedih." Satu ayat yag jujur keluar dari mulut adam.

"Kenapa?" Ayah cuba untuk mendapatkan kepastian.

"Adam nak balik kampung. Adam rindukan nenek.", ayat yang benar benar mengejutkan ayah adam.

 

Ini bukan pertama kali ayah adam mendengar adam mengeluarkan kenyataan tersebut. Beberapa hari sebelum itu, adam ada menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung dengan alasan yang sama. Merindui neneknya. Tapi ayat kali ini, benar benar menyentuh hati ayah adam. Adam yang berusia 3 tahun lebih telah pandai meluahkan apa yang dirasainya dengan jujur dan ikhlas. Selain itu, ayah adam mendapat komen dari cikgu tadika adam bahawa adam agak muram sedikit.

Rasanya, ramai yang dapat agak apa yang akan ayah adam lakukan. Hehehe seperti biasa, ayah adam mengeluarkan arahan ekslusif kepada ibu adam untuk merancang plan percutian cuti sekolah "pulang ke kampung" yang dijadualkan pada 4/12/2010 hingga 7/12/2010. Dan banyak aktiviti yang dirancangkan oleh ibu adam untuk memastikan percutian adam di kampung akan lebih bermakna. Nenek adam di kampung telah pun dimaklumkan tentang kepulangan adam ke kampung. Begitu seronok nenek adam bila mendengar cucunya akan pulang ke kampung. Insya Allah ayah dan ibu adam akan cuba untuk mengemaskini blog adam ini dari masa ke semasa.

Dan semalam petang, ketika ayah menelefon ibu adam yang kebetulan sedang dalam perjalanan pulang dari mengambil adam, kedengaran suara adam menyanyaikan lagu balik kampung. Dari nadanya jelas keceriaannya.  Sebelah malam, ibu adam membantu adam melakukan aktiviti sand art.  Di bawah adalah hasil kerja tangan adam:

 

IMG00679-20101129-2103

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

One Response to “Adam Kerinduan….. “Ayah, adam rindu nenek”…”

  1. Mr. X says:

    Adam harith betul ke nenek kau pandai buat game hahaha nak tengok!!!

Leave a Reply