You are here: Home > Kecerdasan > Adam di Tadika Baru

Adam di Tadika Baru

Hari ini, 1/9/2010 bermula fasa baru di dalam hidup Adam. Selama ini Adam adalah penghuni TASKA Ria Desa Aman, kini Adam adalah pelajar di Tadika Hidayah Bistari, Bandar Sri Damansara. Kalau sebelum ini TASKA cuma disebelah block, Adam biasanya masih tidur dibahu ayah sewaktu dihantar dan menyambung tidur di taska, kini Adam perlu mandi dan bersiap memakai uniform sebelum pergi ke Tadika.

Uniform yang ditetapkan adalah T-shirt berwarna biru untuk hari isnin, selasa dan khamis.  Baju sukan berwarna hijau pada hari rabu dan baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok pada hari Jumaat.

Semperna cuti hari kemerdekaan Adam melawat sekolah yang baru, untuk ibu dan ayah mendengar penerangan mengenai pengajaran dan pembelajaran di tadika berkenaan. Tadika berkenaan menggunakan kaedah Montessori dan juga Mikids.  Waktu pembelajaran di tadika adalah dari pukul 8.00 hingga 11.30 pada hari isnin hingga khamis dan hingga pukul 11 pada hari jumaat.

Selepas tamat waktu Tadika, sebahagian dari kanak-kanak ini balik ke rumah. Manakala Adam akan terus tinggal di day-care di tempat yang sama. Di sini,  mereka akan mandi,  kemudian makan tengahari dan bersolat zuhur berjemaah. Solat berkenaan akan diimamkan oleh pelajar yang berumur 6 tahun.  Selepas itu mereka akan tidur hingga pukul 3.30 petang.  Apabila bangun mereka akan membaca/menghafal ayat/surah2 lazim ataupun bacaan dalam solat.  Selepas itu minum petang dan kemudiannya boleh bermain.  Dimaklumkan bahawa mainan mereka pelbagai dan berubah setiap minggu.  Antaranya adalah permainan di Taman, bermain pasir dan juga bermain air.  Hinggalah mereka di jemput oleh ibubapa masing-masing.

Berdasarkan penerangan Pn Hasra selaku pengurus di Tadika berkenaan, lawatan singkat ke setiap kelas, tempat makan dan bermain, ibu dan ayah Adam cukup berpuas hati dengan segala kemudahan dan persekitaran yang disediakan. Carian ibu di google mendapati ini adalah  Montessori material digunakan untuk kaedah pembelajaran bahasa, sains dan mathematik.  Memang kami melihat sebahagian dari bahan2 ini yang tersusun dengan kemas di dalam rak disetiap kelas.

Pandangan pertama Pn Hasra mengenai Adam. Berdasarkan tarikh lahir Adam, di katakan Adam akan cenderung ke arah Agama. Namun bila ditanya mengenai cita-cita Adam akan menjawap dengan yakinnya “Adam nak jadi Dokter”. Harapan ayah dan disokong oleh teacher bahawa Adam boleh menjadi Dokter yang tahfiz, dengan bimbingan, galakan dan dorongan yang berterusan. Namun ada juga 2 kelemahan yang teacher nampak dan tidak mampu dinafikan oleh ibu dan ayah Adam, tetapi dengan doa dan ayat-ayat Al-Quran diharapkan kelemahan berkenaan akan dapat di atasi sepanjang tempoh pembesaran Adam.

Ini ada sedikit gambar yang sempat dirakamkan semasa hari pendaftaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Responses to “Adam di Tadika Baru”

  1. Eda says:

    Mcmana progress tadika ni?

  2. mohdsiss says:

    Bagi kami, Taska tersebut telah berjaya membentuk peribadi adam.

Leave a Reply