You are here: Home > Kesihatan > Hospitalization 12 june 2010 – 15 June 2010

Hospitalization 12 june 2010 – 15 June 2010

Hari sabtu lepas 12/6/2010 sepatutnya merupakan hari bersejarah kepada Adam. Pada hari tersebut diadakan pelancaran Kelab Upin dan Ipin di Zoo Negara.

Pada petang jumaat, sewaktu pulang dari taska Adam mula demam sedikit. Demamnya agak teruk kira-kira pukul 4 pagi dan ibu telah memberikan ubat bontot. Sampai di zoo pagi sabtu itu, tetiba sahaja badan Adam menggigil kesejukan. Ayah cuba memberikan haba dari badan ayah dengan memeluk dan mendokong Adam. Melihatkan tangan, kaki dan mulut Adam telah agak biru, kami membawa Adam ke klinik yang berhampiran dengan zoo berkenaan. Doktor yang merawat mencadangkan Adam dimasukkan ke Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Di ward kecemasan, darah Adam diambil. Pemeriksaan lanjut dari doktor mengesahkan bahawa Adam mengidap tonsil. Patutlah Adam tak lalu makan atau minum, kalau tekaknya dah terasa sakit.

4 hari 3 malam Adam berehat dihospital. Ini antara gambar2 yang sempat dirakamkan di Hospital Pakar Damansara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply