You are here: Home > Kesalahan > Tali Pinggang Keramat

Tali Pinggang Keramat

Malam tadi, ayah terpaksa menakutkan adam harith dengan tali pinggang. Ayah pukul lantai dengan tali pinggang dan secara spontan adam senyap.  Rupanya, adam terkucil (terkencing) kerana takut.

Dah beberapa hari ayah perasan yang adam terlalu mengikut perasaan. Habis semua orang nak dipukul ketika adam memarahi mereka. Mungkin pengaruh dari Taska. Dan malam tadi ketika ayah selesai bersolat maghrib,  adam buat hal. Hanya kerana ayah tidak melipat sajadah, adam memarahi ayah dan hendak memukul ayah dengan tangan. Sebelum itu, sewaktu makan malam, adam juga melakukan perkara yang sama. Cuma mangsanya adalah ibu adam.

Selesai ayah mencuci kencing adam,  ibu adam memakaikan pakaian sambil berkomunikasi dengan adam. Kenapa ayah marah dan kenapa ibu marah.  Tidak salah untuk adam marah sekiranya ayah dan ibu buat kesilapan tapi jangan sampai mengikut perasaan sampai hendak memukul. Ayah sendiri belum pernah memukul adam dengan lempangan ayah.

Doa ayah, adam menjadi anak yang soleh. Anak yang taat kepada perintah Allah swt. Ingat wahai anak kesayangan ayah.  Surah Luqman –

[14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[15] Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply