Ya Allah berikan lah kesihatan yang sempurna kepada Adam Harith ini, permudahkanlah segala urusannya dan berikan yang terbaik dalam kehidupannya… Amin..
Semenjak awal tahun nih, Adam ada sedikit masalah untuk ke TASKA. setiap pagi, bila di kejut, jawapannya “Nak gi rumah mak atuk, tak nak gi sekolah”. Rupa-rupanya, kawan baiknya Haikal telah 3 tahun tahun ini dan telah dipindahkan ke Tadika di sebelah. Yang tinggal hanya Yana sahaja kawan yang hampir sebaya dengan Adam. Selain daripada itu, adalah semua baby-baby yang jauh lebih muda dari Adam. Oleh itu Adam dah tak ada rakan yang sebaya untuk bermain bersama-sama, patut lah dia agak malas untuk ke sekolah.
Maklumat terbaru mengenai permohonan di TASKA MARA, Adam no 39 buat masa ini. Ini bermakna, bila 38 orang di depannya telah masuk TASKA, barulah tiba giliran Adam. Mudah-mudahan permohonan Adam dipermudah dan dipercepatkan
Selain daripada itu, sejak sekian lama Adam menghadapi masalah Sembelit. Antara yang paling teruk adalah minggu ini, sebab telah 2 hari Adam mengadu nak berak, tetapi masih belum boleh juga. Semalam telah di bawa ke klinik dan doktor telah berikan ubat. Selain daripada itu, pelbagai makanan alternatif juga di beli, antaranya betik, Solivite, dan juga Prune Jus. Semoga selepas ini masalah yang sekian lama membelenggu Adam akan selesai.