You are here: Home > Kesalahan > Adam kemalangan

Adam kemalangan

Satu kegemaran Adam yang tak mampu di tahan adalah minatnya pada bedak. Pantang terjumpa, biasanya akan penuhlah muka, baju dan lantai dengan bedak.

Senja semalam pun sama. Ibu sedang masak di dapur, ayah sedang setup notebook baru ibu, bila terasa “eh senyapnya, apa yang Adam sedang buat dalam bilik”. Sah, Adam sedang membedaki tikar getah.

Kerana sibuk dengan tugas, ibu terlupa untuk mengelap lantai yang telah licin dengan bedak itu. Sehinggalah lebih kurang pukul 9.30 malam bila ibu terdengar bunyi Adam jatuh. Tangisannya begitu kuat. Bila ayah angkat darah menitik dari mulut Adam. Ibu sangkakan gigi depan Adam telah patah. Mujur ayah Adam pernah jadi ahli PBSM dan tahu pertolongan cemas. Penuh juga sehelai tuala tangan dengan dari dari mulut Adam.

Bila darah dah berhenti keluar, barulah kami boleh melihat kecederaan yang berlaku. Bibir atas dan gusi Adam telah luka dan itulah puncanya berdarah. Mujur Ibu ada menyimpan Nigella (minyak Habatus-Saudah keluaran DCL). 5 minit lepas minyak tersebut dititiskan, bila ayah suruh Adam kulum ais tetiba jer Adam berkata “Sejuk”

Syukur Alhamdulillah, gigi Adam tidak patah dan bibirnya tidak membengkak. Harapnya lepas nih Adam dah serik untuk bermain dengan bedak di atas lantai lagi. Adam telah mendapat hukuman atas kesalahannya bermain bedak selama ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply