Ikut kebiasaannya seminggu lepas keluar ward ada follow-up dengan doktor. Adam keluar ward pada 8/7/2009, dan jadual untuk follow-up sepatutnya pada 15/7/2009. Sebab week day, ingat nak tangguhkan hujung minggu, tetapi doktor ada seminar pula. So terpaksalah setkan temujanji pada 25/7/2009.
Pagi tuh kami sampai di hospital lebih kurang pukul 9 pagi. Lepas mengesahkan GL, masa daftar tuh dah pukul 9.15 pagi. Dimaklumkan bahawa Adam adalah pesakit yang ke 18.
Sebab lama lagi, so mula-mula sarapan dulu. Adam dah pandai minta. Kalau tengok di kedai mamak, dah tau apa yang di nak “Roti Nanai” dan “Air Milo”
Lepas sarapan, kami ke Tesco Mutiara Damansara dahulu untuk membeli barang keperluan rumah. Bila di kira macam lewat lagi masa untuk Adam jumpa Doktor kami balik dan berehat di rumah dahulu. Pukul 1 baru bertolak semula ke Hospital. Bila sampai jer klinik, yang sedang berjumpa doktor adalah pesakit yang ke 16. Setengah jem kemudian giliran Adam. So betullah kiraan kami, seorang pesakit lebih kurang 20 minit.