Hari nih Adam bangun awal. Lepas nebuliser pukul 7 pagi Adam tak tidur lagi. Sebab bocor, maka Adam perlu ditukarkan. Semasa ibu dibilik air boleh dengar adam menyanyi ‘lai lai le jus’ dan ‘alif ba ta’. Beberapa kali juga Adam menyebut nama Cikgu Ira, Haikal dan Nina. Nampaknya Adam benar-benar rindukan sekolah dan kawan-kawannya.
So ibu pesan, nanti bila doktor sampai Adam cakaplah Adam nak gi sekolah. Pemeriksaan doktor mendapati semuanya ok, then doktor sendiri yang tanya nak balik ker? Ibu cakaplah yang Adam nak pergi sekolah. So doktor kata tengoklah petang nanti.
Waktu petang, doktor lambat sangat masuk. Adam lak aktif sangat berlari dan melompat di atas katil menyebabkannya mengah dan letih bila doktor sampai. So doktor kata, tengoklah esok pagi pulak.
Drip di tangan dah dibuka. Namun pukul 10.30 dimasukkan lagi antibiotik.
Sedih tengok Adam.. Dari kanan salur gas nebuliser ke hidung. Di tangan kiri pula antibiotik.