You are here: Home > Kesalahan > Hukuman pertama adam

Hukuman pertama adam

Semenjak dua menjak nih Adam benar2 menguji kesabaran ibu dan ayah. Harini buat pertama kalinya Adam menerima hukuman ayah.

Sejak balik dari taska 2 kali ibu kena menyapu bilik TV. Mula2 bertih jagung, lepas tuh cornfleks pula ditumpahkannya. Ibu dah menghidang makanan, Adam angkat cawan kosong nak minum. Sementara ibu ke dapur Adam menumpahkan 1 jug air. Ayah yang cuba menyelamatkan keadaan pula tersepak air basuh tangan. Akibatnya hampir separuh ruang basah. Bila dah dikeringkan dan mula nak makan, Adam masih nak bermain dengan baki air basuh tangan.

Ini menyebabkan Adam menerima 'hadiah' dari ayah buat pertama kalinya. Semoga hadiah yang Adam terima dapat menjadi pengajaran buat Adam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply