You are here: Home > Luahan ayah > Frustrated

Frustrated

Rasanya email yang ayah adam hantar ke blog adam panjang tapi nampaknya tak keluar langsung. Yang keluar hanya gambar sahaja. Tak tahu di mana silapnya namun memang mengecewakan.

Semalam semuanya bermula dengan baik. Pulang dari kerja, ayah adam ambil adam dari taska setelah ayah adam memasak nasi dan mencuci pinggan mangkuk. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli telur dan roti cream khas untuk adam.

Sampai di rumah, mak cik Siti dah menunggu di depan pintu. Mak cik Siti bersetuju dengan permintaan untuk membantu ayah adam menjaga adam sementara ayah adam mengurus diri, memasak nasi goreng dan berehat seketika. Mak cik Siti juga membantu menyuapkan roti serta melayan adam bermain. Banyak juga adam makan roti, hampir setengah dan ketika kami menjamu nasi goreng yang ayah adam masak, adam pun makan sekali bersama kami di ruang tamu dengan pintu terbuka. Sesekali kelihatan anak jiran sebelah lalu lalang.

Lebih kurang pukul 8:45, selepas makan malam, kelihatan adam keletihan dan mula menunjukkan tanda tanda mengantuk. Sementara ayah adam menidurkan adam, mak cik Siti minta diri untuk pulang. Ketika itu ayah adam rasa semuanya under control. Adam dah tidur, jadi ayah adam pun berehat seketika.

Pukul 11 lebih ayah adam dikejutkan dengan tangisan adam. Hmm adam dah terjaga. Ayah adam cuba memujuk namun adam masih lagi menangis. Ayah adam sapu minyak telon pada perut adam, dan nampaknya adam berhenti menangis. Ayah adam cuba untuk menidurkan adam kembali namun gagal. Ayah adam buat sidang video dengan ibu adam di kuantan. Mungkin adam rindukan suara dan wajah ibu adam namun selesai sidang video, adam semakin bertenaga.

Adam tidur lebih kurang menghampiri pukul 2 pagi. Itu pun setelah melalak dan menangis serta beberapa botol susu diteguknya.

Ayah adam terjaga lebih kurang pukul 6 pagi. Sebelum tu ayah adam telah dikejutkan oleh adam namun setelah membancuh susu dan menyumbat botol ke mulut adam, ayah tidur balik. Begitu juga dengan adam. Terkejut dengan masa, ayah adam takut tak sempat menyediakan nasi dan sup sayur untuk adam. Alhamdulillah, pukul 7:30, adam selamat sampai ke taska dengan berbekal nasi dan sup sayur yang ayah adam masak.

Ayah adam sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8 lebih.

Mohamad Siss M Jamil

Sent from my Nokia E71 phone via Celcom

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply