You are here: Home > Luahan ayah > Meniti Kenangan Silam – Muar

Meniti Kenangan Silam – Muar

Dah lama ayah tidak meluangkan masa untuk meniti kembali jejak jejak yang pernah ayah tinggalkan di Muar. Ayah menghabiskan 2 tahun menuntut ilmu di Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas, Muar. Banyak perkara yang dipelajari di sini. Tentang akademik, kehidupan dan kekuatan jati diri sebagai insan dan hamba Tuhan.

Tanggal 25 Oktober 2008, akan kembali ke Muar. Terdapat banyak acara yang ayah gabungkan. Percutian keluarga untuk tahun 2008, Sambutan Hari Lahir adam yang ke setahun 4 bulan, Mega Raya 2008 Alumni Sekolah Sains Muar, Lawatan ke Tanjung Emas dan Lawatan Ke Restoren Herba Nasuha di Pagoh mengakhiri siri acara.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10 lebih dan berhenti di Perhentian Jejantas Air Keroh Melaka. Kami sampai ke Muar dalam pukul 4 lebih. Setelah daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum menikmati Me Bandung Muar tanjung emas. Terletak di Muara Sungai Muar. Memang menarik. Adam begitu ceria menyusuri tebing sungai muar. Antara yang menangkap perhatiannya ialah kucing, memancing dan buai.

Sebelah malam, kami menghadiri Majlis Mega Raya 2008. Bekas pelajar dan juga bekas pengajar bersama sama dalam memeriahkan majlis tersebut. Di bantu oleh para pelajar sekolah menjamu makanan yang disediakan. Seperti biasa yang sentiasa ceria adam harith. Terdapat ramai kakak kakak lawa, yang menarik perhatiannya. Selesai majlis kami pulang ke hotel. Penat dan letih, masing masing tidur dengan lenanya.

Pagi Ahad, kami menghabiskan masa di Restoren Ayu, Hotel Trader. Mungkin kerana terlalu banyak aktiviti, kami begitu lapar sekali. Yang paling banyak makan, heheh tentu ayah adam. Adam pun apa kurangnya. Pencabar ayah yang paling dekat. Dengan bubur ayam, kemudian cornflakes, nasi lemak, roti dan macam macam lagi. Selesai bersarapan, kami bersiap dan bergerak ke Restoren Herba Nasuha untuk makan tengah hari di pagoh. Dari Pagoh, kami bergerak ke Kuala Lumpur. Lebih kurang pekul 5 lebih kami sampai ke Rumah Mak Atok.



Posted by Picasa
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply