You are here: Home > Luahan ayah, Luahan Ibu > Poligami

Poligami


Malam tadi, mak atuk buat kenduri doa selamat di Surau Desa Satu Aman Puri. Seperti biasa agenda malam jumaat, baca yasin dan tahlil. Lepas majlis, keluarga adam terus ke rumah mak atuk. Kebetulan saudara dari rawang pun ada sama. Maka lamalah kami bertandang di rumah mak atuk. Pukul 11.30 mlm baru pulang ke rumah.

Malam ini dijadualkan majlis pernikahan uda dengan dara heheh. Insya Allah adam akan berada di Sg Buaya menghadiri majlis pernikahan ayah adam ..heheh oppp udalah yang nak nikah. Ayah adam tak tahu bila lagi … hehe ..

Memang agak menarik dan mencabar bila membicarakan soal pernikahan baik kali pertama atau mahupun kali yang ke dua, ke tiga atau pun ke empat. Apa pun cabaran tetap sama. Membina keluarga yang diberkati. Namun tanggungjawap untuk mendidik isteri itu lagi mencabar. Bukan senang nak mendidik isteri agar boleh berfikir dengan rasional dan waras serta tidak dipengaruhi emosi.

Semalam, ibu adam ditanya oleh seseorang tentang poligami. Di bawah ayah adam tampalkan apa yang ibu adam jawap.

saya pula mmg tak kisah, asalkan dia berlaku adil.
kalau tak adilpun, terpulang pada dia, kata orang nanti diakhirat bahunya senget.
mmg tanpa suami pun kita boleh hidup sendiri, tapi ganjaran dan peluang untuk menjadi isteri tuh bukan mudah untuk diperolehi.
Berapa tahun saya menanti dan mencari, hingga mendapat pelbagai gelaran dari keluarga dan orang2 kampung, so dah jadi isteri takkan nak berhenti macam tuh ajer.
Berhenti menjadi isteri tak sama dengan berhenti bekerja dengan sesuatu syarikat. 3 tahun pertama saya grad, 3 company saya kerja. Atas alasan tiada kesesuaian dan keserasian dengan kerja. So bila dah dapat job satisfaction, mmg saya tak akan berhenti lagi. Sama juga dlm hidup, dah satisfied dalam beberapa perkara, kenapa nak resign semata2 kerana tak nak berkongsi. Kat mana kita tidak berkongsi? Kat pejabat nih, nak guna tandas pun kita berkongsi, so kenapa saya terlalu mementingkan diri, tak sanggup berkongsi suami. Perempuan lain pun teringin juga nak menjadi isteri, sedangkan lelaki Islam di Malaysia nih dah semakin pupus. Ramainya dipenjara dan pusat serenti jer.

Maka tercabarlah bagi sesetengah wanita, perempuan dan gadis dengan ungkapan yang dibuat oleh ibu adam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply