You are here: Home > ILMU > Sirah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w

Sirah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w

Pagi ini, bahagian tempat ibu kerja mengadakan majlis bacaan Yasin. Selepas itu disusuli dengan Ceramah  oleh Ustaz Faisal bin Abd Rahman dari Akedemi Pengajian Islam UM. Ceramah mengenai kelahiran Nabi Muhammad s.a.w bermula dari Abdul Mutalib yang hanya mempunyai seorang anak bernama Harith, nazarnya untuk menyembelih Abdullah, perkahwinan Abdullah dengan Siti Aminah, hinggalah ke akhir hayatnya dan menyerahkan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a w kepada jagaan bapa saudaranya Abu Talib. Ceramah yang dibuat dalam bentuk novel, diselang selikan dengan jenaka istilah-istilah moden, membuatkan semua orang begitu asyik mendengarnya.

Ustaz mengatakan bahawa, perjalanan hidup Nabi yang agak sukar, menjadikan nabi kuat dan tabah menghadapi segala pancaroba hidup. Berbanding dengan anak-anak sekarang yang terlalu dimanjakan dengan kemewahan, menyebabkan mereka agak lemah dan goyang bila menghadapi cabaran. Ibu berazam, untuk tidak terlalu memanjakan Adam, biarlah susah sikit. Yang penting Adam kuat berusaha, sesuai dengan nama yang ibu pilih; Harith (serupa dengan nama bapa saudara nabi rupanya)

Diakhir ceramah, ustaz juga menjelaskan ramai umat islam sekarang yang keliru antara Sirah Nabi dan juga Sunnah Nabi. Sebagai contoh, sirah nabi, nabi naik 3 jenis kenderaan. Jika ingin berperang, nabi naik kuda. Jika ingin pergi jauh, nabi naik unta. Dan jika ingin bersiar-siar, nabi naik kaldai. Ramai orang yang mengatakan, jika ingin ikut sunnah nabi, maka kita kena naik untalah. Sebaliknya ustaz tersebut menyatakan, kita kena sesuaikan dengan zaman. Jika mampu, untuk berjalan jauh, balik kampung misalnya, naiklah MPV. Untuk pergi kerja,  naiklah kancil. Dan jika ingin bersiar-siar, bolehlah naik motor kapcai. Itulah sirahnya. Sunnahnya, untuk naik ketiga-tiga kenderaan ini, di sunnatkan membaca doa naik kenderaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Responses to “Sirah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w”

  1. Nurul Aisyah says:

    terima kasih atas info ini

  2. eydanur says:

    salam , suka info nie . keep it up ! =)

Leave a Reply