3 hari pertama di Tadika
Hari ini masuk hari ke 3 Adam di Tadika. Kalau ikutkan hati ingin jer ibu Adam bercuti dan mengintai apa yang sedang Adam buat.
Hari Pertama.
Bangun pagi Adam masih lagi mengantuk. Maklumlah biasa bangun selepas pukul 7, sekarang pukul 6.30 telah dikejutkan untuk mandi dan bersiap. Sampai di Tadika, ayah kata Adam agak terpinga-pinga kerana tiada sesiapa yang dikenalinya. Pukul 8 pagi ibu sms teacher dan bertanyakan khabar. Jawapannya teacher “Alhamdulillah dia ok, tak nangis langsung dan dah mula berkawan”. Waktu ibu menjemput, Adam sedang bermain dimini taman di tadika berkenaan. Dalam perjalanan pulang berkali-kali Adam cakap ‘Adam dah besar”.
Sampai kerumah, bila ayah mandikan sebelum maghrib tuh, tetiba Adam kata “Adam nak lap sendiri”. “Lepas tuh siap pesan ibu jangan tengok”.
Bila ibu bersolat Isya, Adam kata nak ikut. “Adam nak doa minta adik”. Ini bukan kali pertama Adam berkata demikian dan mengotakannya. Memang ringkas jer doanya, tapi penuh kudus dan pengharapan. Semoga Allah makbulkan.
Selepas Adam cuba menghafaz lirik Lagu Negaraku hinggalah tertidur.
Hari kedua.
Perkataan pertama yang Adam ucapkan bila ibu menjemput adalah “Ibu harini panaslah”. Aik dah pandai komen pasal cuaca. Harituh ibu pasang lagu Ummi nyanyian Kumpulan Al-Amin di dalam kereta. Adam cukup suka dengan lagi tuh, dan minta di masukkan ke dalam Ipodnya. Dan bermula dari malam tuh juga, Adam telah memanggil ibu dengan Ummi. Sebenarnya sejak berumur 3 tahun Adam telah menukarkan panggilan Ibu kepada mama, dan sekarang kepada Ummi pula. Entah mana satulah yang kekal.:)
Perkataan baru yang keluar dari mulut Adam di hari kedua adalah Malaysia. Katanya sambil berlari-lari membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang. Hmm Patriotik juga budak bertuah seorang nih
.
Hari ke 3.
Adam diwajibkan memakai baju melayu bersampin dan songkok. Baju raya tahun lepas masih muat lagi, manakala songkok baru dibeli hari selasa lepas. Selepas ayah dan Adam lengkap bersampin dan bersongkok hitam, tetiba jer Adam berkata “Ibu, ayah tak nak pakai songkok putih tuh”. Mahu tak mahu terpaksalah ayahnya menukar songkok hitam kepada songkok putih. Ini lah gambar yang diambil di pagi hari. Lagi satu, Adam telah membahasakan dirinya ‘Abang Adam’.
“Abang Adam pakai baju melayu”





Recent Comments